Friday, September 6, 2013

Magic Body Slim Soap RM36



Selulit disebabkan oleh timbunan lemak yang berkumpul di bawah kulit. Sel-sel lemak ini akan menarik tisu-tisu di bawah kulit dan menyebabkan tekstur kulit anda menjadi seperti menggerutu. Selulit biasanya berlaku pada usia antara 25 hingga 35 tahun dan makin bertambah selari dengan usia.

Selulit boleh dikurangkan dengan pemakanan yang sihat dan aktiviti bersenam. Harus di ingat, selulit bukan sesuatu yang mudah untuk hilang.

Berikut adalah cara-cara untuk perangi selulit:

1. Rajin Bersenam
Selulit timbul akibat pengumpulan sel-sel lemak. Jadi, cara menghilangkannya ialah dengan menghapuskan sel-sel lemak tadi. Oleh itu, anda perlulah rajin bersenam. Senaman diakui dapat menjadikan otot tubuhmenjadi lebih fit, sihat dan segar.
Namun, untuk mengatasi selulit anda tidak boleh sembarangan memilih senaman tanpa mengetahui fungsinya. Dalam merealisasikan impian anda, pilihlah jenis senaman yang dapat membakar lemak di bahagian tubuh di mana selulit bertapak. Contoh terbaik ialah dengan berenang dan berbasikal.

Sehubungan itu, jika anda memilih untuk menggunakan senaman sebagai satu cara untuk melawan selulit, anda perlu pastikan tubuh benar-benar kuat untuk melakukannya. Biasanya, anda yang bersalin normal sudah boleh melakukan senaman selepas 40 bersalin. Namun, bagi yang melalui pembedahan caesarean, tunda dahulu keinginan anda. Anda boleh mula bersenam selepas tempoh tiga bulan tetapi sebaik-baiknya minta nasihat doktor terlebih dahulu.

2. Gizi Seimbang
Biarpun anda ingin kembali langsing, harus diingat anda masih perlu menyusukan bayi. Jadi, anda memerlukan zat pemakanan yang mencukupi agar susu yang dihasilkan berkualiti. Meskipun begitu, ini tidak bererti anda perlu makan dalam jumlah yang banyak. Anda perlu bijak mengatur menu makanan agar setiap hidangan mempunyai nilai gizi yang diperlukan tubuh setiap hari.

3. Urutan + Aromaterapi
Selain daripada memperoleh kenikmatan, urutan dipercayai membantu mengurangkan selulit. Teknik urutan yang betul berfungsi melancarkan peredaran darah. Secara tidak langsung, ia dapat menghancurkan timbunan lemak dalam tubuh yang sekali gus membuat tubuh jadi segar. Untuk menambahkan lagi kenikmatannya, anda boleh menggabungkan urutan dengan penggunaan minyak aromaterapi yang dihasilkan daripada tumbuhan tertentu seperti minyak bunga mawar ataupun lavender.

4. Penggunaan Krim Atau Losyen
Di pasaran banyak terjual krim atau losyen yang dikatakan dapat menghilangkan selulit. Sama ada krim atau losyen, kedua-duanya dipercayai dapat menghancurkan lemak, menghaluskan dan melembutkan kulit.

Walau bagaimanapun, tanya pendapat doktor terlebih sebelum menggunakan sebaran jenis krim atau losyen bagi mengelakkan kesan sampingan yang mungkin boleh berlaku.

5. Minum Ikut Keperluan
Amalkan meminum air putih yang mencukupi iaitu enam hingga lapan gelas sehari bergantung kepada keperluan. Air membantu melancarkan sistem pembuangan termasuk pengeluaran zat-zat yang bersifat racun dari dalam tubuh.

6. Rokok Beracun
Sekiranya anda perokok, hentikan amalan ini. Rokok sudah jelas mengandungi bahan berbahaya yang dapat meracuni paru-paru. Racun daripada rokok akan menyebabkan pembuluh-pembuluh darah halus tersumbat. Ini sedikit sebanyak akan melemahkan fungsi kelenjar dan kelenturan kulit yang akhirnya akan menambahkan lagi selulit di tubuh anda.

7. Hindari Tekanan
Cuba kawal tekanan yang anda alami dengan sebaik mungkin. Ketegangan boleh menyebabkan otot tertekan dan menghambat fungsi kelenjar yang bertugas mengatur sistem pembuangan zat-zat yang tidak diperlukan oleh tubuh.


Nak cara lagi senang? Amalkan Magic Body Slim Soap setiap kali mandi. InsyaAllah puas hati.




Magic Body Slim Soap. RM36 tidak termasuk kos pos laju.

Mahu cuba? PM saya di Jamu Susuk Dara Dalila untuk sebarang pertanyaan atau pembelian.
Atau SMS/Whatsapp 012-9518298 Dalila.

No comments:

Post a Comment